AKTIVITI SUKAN

Kem Sukan Sekolah 1 Murid 1 Sukan 1M1S9 comments

Pada 22-24 Ogos yang lalu telah berlangsung Kem Sukan Sekolah 1 Murid 1 Sukan (1M1S) bagi peringkat sekolah saya. Kem Sukan Sekolah 1 Murid 1 Sukan ini bertujuan untuk mendedahkan murid kepada aktiviti sukan dan permainan dan juga merupakan salah satu dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang rancak diperkenalkan dalam tahun kebelakangan ini. Justeru penganjuran kem ini di sekolah saya, memang sangat-sangat dialu-alukan sesuai dengan kehendak dan tujuan program.

Kem 1 Murid 1 Sukan 1M1S Peringkat Sekolah

Untuk kali ini, Cikgu Lajang Anyie telah dilantik untuk menjadi Penyelaras Kem 1 Murid 1 Sukan peringkat sekolah, serta dibantu oleh Cikgu Kesavan sebagai Penolong Penyelaras. Manakala Fasilitator pula terdiri daripada Cikgu Thomas Majing (Bola Sepak), Cikgu Abdul Hakim (Badminton), Cikgu Shidin Dato (Bola Tampar), Cikgu Claudya (Bola Jaring), Cikgu Mujiburrahman (hoki) dan saya sendiri, Cikgu Hailmi (Sofbol).


Hari Pertama
Pada hari pertama ini, perjalanan kem bermula selepas selesai sesi persekolahan dengan dimulakan denganpendaftaran peserta. Peserta adalah terdiri daripada 10 orang pelajar (5 lelaki dan 5 perempuan) daripada setiap rumah sukan yang ada di sekolah ini. Ada 6 rumah sukan semuanya dengan mengambil nama pahlawan gagah berani dari seluruh negeri Sarawak. 

Kem 1 Murid 1 Sukan 1M1S

Mereka adalah :
Syarif Masahor (Rumah Merah)
Rentap (Rumah Ungu)
Linggir (Rumah Jingga)
Rosli Dhoby (Rumah Kuning)
Patinggi Ali (Rumah Biru)
Bantin (Rumah Hijau)

Pelajar telah diberikan sedikit taklimat oleh Kem Komandan berkaitan dengan perjalanan kem dan juga disiplin yang perlu dipatuhi sepanjang mengikuti kem ini. Pelajar juga diberikan fail berisi buku nota serta pensil dan pen untuk tujuan mencatat.


Hari Kedua
Pengisian hari kedua lebih menarik sebab pada hari ini aktiviti sukan dijalankan. Pelajar didedahkan dengan 1 jam teori oleh 6 sukan permainan oleh fasilitator masig-masing yang telah dilantik. Sesi awal pagi dimulakan oleh Cikgu Beatris Bangkang dengan Sesi Memanaskan Badan dan diikuti oleh Cikgu Shidin Dato untuk permainan bola tampar. Kemudian slot ketiga diisi oleh Cikgu Thomas untuk permainan bola sepak. Cikgu Hakim pula untuk permainan badminton pada slot terakhir. Kemudian pelajar berhenti rehat seketika untuk makan tengahari dan solat Jumaat.

Kem 1 Murid 1 Sukan 1M1S Sesi Memanaskan Badan

Kem 1 Murid 1 Sukan 1M1S 1 jam teori

Sesi sebelah petang dimulakan dengan sesi permainan bola jaring oleh Cikgu Claudya Nanny dan diikuti dengan permainan sofbol oleh Cikgu Hailmi. Semasa slot teori Sofbol selama 1 jam, saya lebih banyakmemperkenalkan sukan sofbol kepada pelajar, terutamanya dari segi peralatan dan juga cara permainan. Seperti yang kita sedia maklum, sofbol bukan lah seperti sukan bola sepak yang sudah diketahui cara permainan nya oleh hampir semua orang. 

Justeru itu, ini lah peluang yang saya dapat gunakan untuk menarik lebih banyak penyertaan pelajar dalam sukan sofbol. Idea-idea yang diperolehi semasa mengikuti Kursus Modul Sofbol 1 Murid 1 Sukan pada Mei lalu, juga banyak membantu saya untuk memahamkan pelajar bahawa permainan sofbol itu, mudah!

Manakala sesi teori untuk permainan hoki oleh Cikgu Mujiburrahman dilakukan pada sebelah malam, kerana waktu pada sebelah petangnya telah dikhususkan untuk sesi praktikal selama 3 jam. Sesi yang paling menarik!

Kem 1 Murid 1 Sukan 1M1S badminton

Kem 1 Murid 1 Sukan 1M1S Bola Sepak

Kem 1 Murid 1 Sukan 1M1S Hoki

Kem 1 Murid 1 Sukan 1M1S Futsal

Kem 1 Murid 1 Sukan 1M1S Bola Tampar

Kem 1 Murid 1 Sukan 1M1S Bola Jaring

Setiap sukan dan permainan telah diberikan 6 stesyen yang berbeza. Pada stesyen berkenaan, fasilitator perlu melakukan aktiviti ringkas sukan masing-masing selama 20 minit untuk setiap kumpulan yang terdiri daripada 10 orang peserta kem. Stesyen sofbol adalah stesyen yang ketiga, di mana ada lebih kurang 13 orang pelajar yang akan membantu ketika aktiviti saya nanti. 

Oleh kerana sukan sofbol ini selalu dilihat oleh pelajar lain sebagai permainan yang sukar, jadi saya telah mengambil tanggungjawab sebagai pitcher untuk semua kumpulan. Tujuannya supaya saya boleh membuat lambungan bola yang konsisten bagi memudahkan peserta kem untuk cuba memukul. Bagi menaikkan semangat peserta untuk mencuba sukan sofbol, saya biarkan peserta kem yang datang untuk mengambil giliran memukul terlebih dahulu. Sebab? Perkara yang paling menarik dalam sukan sofbol adalah ketika melakukan pukulan.

Kem 1 Murid 1 Sukan 1M1S Sofbol

Pelajar yang membantu saya telah ditugaskan untuk memadang (fielding), dengan 4 orang lagi pelajar pembantu saya yang lebih mahir akan membantu peserta kem pada setiap base. Mereka terdiri daripada pemain senior sofbol yang mewakili Bahagian Sibu dan Sarawak, iaitu Jicky Joseph, Pressly Palong, Selanjat dan Sylvester Jetik yang akan membantu peserta untuk melakukan larian dari base ke base dan cara permainan.

Ternyata memang mereka sangat seronok! Terutamanya apabila buat kali pertama mereka memegang kayu pemukul dan dapat pukul bola pergi jauh-jauh. Lagi excited bila dapat buat Homerun (kononnya..). 

Selepas selesai giliran semua 10 orang peserta memukul, mereka diberi peluang untuk memadang pula. Untuk nak bagi sama adil, saya pilih pelajar-pelajar yang lebih kecil dari tingkatan 1 atau 2 yang baru berjinak-jinak dengan sukan sofbol untuk memukul. Ini kerana tidak mahu memberi tekanan kepada peserta kem dalam 'menumpaskan' pasukan lawan. Saya biarkan juga peserta kem untuk cuba melakukan lambungan mudah seperti yang saya lakukan. 

Mengejutkan kerana ramai juga dalam kalangan peserta kem yang dapat melakukan kemahiran asas sofbol dengan baik! Ada juga yang mula menunjukkan riak muka yang sangat gembira dan tak sabar nak main lagi walaupun tak pernah turun padang sekalipun pernah diajak oleh saya berkali-kali. Masa 20 minit yang diperuntukkan ternyata sangat lah tidak mencukupi untuk sesi aktiviti yang dilakukan. Namun, saya yakin telah berjaya menimbulkan minat kepada peserta kem untuk cuba bermain sukan ini pada masa akan datang!


Hari Ketiga
Pada hari terakhir ini, peserta kem telah diberikan peluang untuk cuba mengasah kemahiran dalam sukan bola tampar dengan Mini Karnival Bola Tampar. Pertandingan antara rumah sukan ini dilakukan di gelanggang bola tampar di dataran perhimpunan.Tak dapat nak fokus sangat sebab ada sekolah gantian dan saya perlu masuk kelas. Sedar-sedar dari dalam kelas, peserta kem di bawah dah pun menjerit kegembiraan dengan kemenangan kepada pasukan dari rumah sukan Syarif Masahor! Tahniah..

Kem 1 Murid 1 Sukan 1M1S bola tampar

Kem 1 Murid 1 Sukan 1M1S Syarif Masahor Johan

Majlis penutupan ringkas diadakan dengan ucapan dari Pengetua dan barisan pentadbir. Sudah semestinya tak lengkap kan kalau tak diakhiri dengan sesi fotografi sebagai tanda kenang-kenangan. 

Kem 1 Murid 1 Sukan 1M1S SMK Luar Bandar Sibu

Pada pendapat saya, pelaksanaan kem Sukan Sekolah 1 Murid 1 Sukan ini adalah sangat berjaya jika dinilai pada pengaruhnya kepada peserta. Saya melihat peserta semakin menunjukkan minat untuk cuba bersukan, terutamanya sukan yang asing bagi mereka sebelum ini seperti sofbol. Bagi saya, biar lah minat mereka bermula dengan keseronokan yang dirasai ketika kem. Sekiranya didapati berbakat dan minat yang menebal, maka boleh lah diasah lagi bakat mereka ke tahap yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment